Thursday, August 20, 2009

Selalunya kebanyakan pengguna tidak tahu apa yang ada dalam computer mereka.Fungsi Device Manager diantaranya ialah memberi informasi kepada pengguna akan hardware yang diinstall di dalam komputer.Macam mana nak tau apa yang ada dalam computer anda.

1. Klik kanan pada ‘My Computer’. Pilih ‘Manage”



2. Klik ‘Device Manager’ pada menu ‘Computer Management’



So, bolehlah explore semua komponen komputer yang terdapat dalam komputer anda. Network card ape yg digunakan, SCSI dan RAID.

Kalau sambung satu komponen, contohnya Printer, pada slot USB komputer anda, ia akan kelihatan pada submenu ‘Universal Serial Bus Controllers’. Jika tidak kelihatan, ini bermakna komputer anda tidak dapat mengesan komponen anda.

Wednesday, August 19, 2009

VISI





Tuesday, August 18, 2009


SEJARAH SEKOLAH DAN PERKEMBANGANNYA

Sekolah Kebangsaan Seri Pematang Rengas telah ditubuhkan pada tahun 1951.
Persekolahan secara formal telah dimulakan pada 1 hb. April 1952. Tertubuhnya Sekolah ini adalah hasil usaha Ahli Jawatankuasa Kampung Parit Karjan yang diketuai oleh Tuan Haji Amin bin Haji Ekhsan.

Sekolah ini telah dibina di atas tapak Lot 4502 seluas satu suku ekar yang dibeli oleh penduduk kampung dengan harga $1,000.00. Pembinaannya dilakukan secara bergotong-royong. Pada pemulaannya bangunan yang didirikan berukuran 60 × 20 kaki, beratapkan rumbia dan struktor bangunan dibuat daripada kayu hutan yang ditebang sendiri.

Sekoalah Kebangsaan Seri Pematang Rengas terletak berhampiran tebing Sungai Simpang Kiri di Kampung Parit Karjan kira-kira 6 km dari Pekan Seri Medan atau kira¬-kira 27 km dari bandar Batu Pahat.

Perasmian Sekolah Kebangsaan Seri Pematang Rengas telah disempurnakan oleh Tuan Syed Esa bin Alwee yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Nazir Sekolah¬-sekolah Melayu Daerah Batu Pahat . Ketika mula ditubuhkan sekolah ini mempunyai seramai 60 orang murid dengan seorang guru besar dan seorang guru penolong.

Pada tahun 1961 sekolah ini tela mendapat bantuan kerajaan sebanyak
$ 5,000 00. Dengan wang sebanyak itu, panjang sekolah ini telah ditambah kepada 140 kaki dan atapnya telah diganti dengan zing.

Pada tahun 1968 pentadbiran sekolah ini telah diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan. Pada tahun 1971 penduduk kampung telah memohon kepada kerajaan agar tapak sekolah ini dipindahkan ke satu tapak yang telah di pilih kerana tapak asalnya sering ditenggelami air ketika musim tengkujuh.

Setelah mendapat persetujuan dari pihak kerajaan Y.B. En. Muhamad bin Rahmat ketika itu Setiausah Parlimen Kementerian Pelajaran dengan diiringi oleh Wakil Rakyar Parlimen Parit Sulong telah membuat lawatan tinjauan ke tapak cadangan yang di tetapkan terletak di kawasan anak bukit lot 8114 seluas 6 ekar yang telah dibeli oleh kerajaan.

Pada tahun 1977 terbinalah sebuah bangunan dua tingkat dan sebuah kantin di atas sebuah anak bukit bagi menggantikan bangunan sekolah yang lama. Jarak tapak bangunan baru dengan tapak bangunan lama hanya kira-kira 1.3 km. Dengan itu maka berakhirlah masalah yang dihadapi oleh anak-anak penduduk kampung waktu persekolahan musim tengkujuh.

Selepas itu beberapa bangunan tambahan telah di bina bagi menambahkan lagi keselesaan dan keperluan bagi anak-anak belejar di sekolah ini . Pada tahun 1995 sebuah bilik untuk Pelajaran Kemahiran Hidup dengan keluasan 24 × 30 kaki hasil sumbangan Wakil Parlimen Parit Sulong Y.B. En. Rohanie bin Ahmad.

Pada tahun 1999 sekolah ini telah menerima tambahan bangunan daripada pihak kerajaan yang memuatkan dua bilik darjah bagi menampung kekurangan bilik darjah yang di hadapi. Selain daripada itu pada tahun 2001 pihak PIBG telah berjaya membina sebuah bangunan yang digunakan sebagai Bilik Latihan Fardu ain. Kini awal tahun 2002 sebuah lagi parasarana sedang dalam pembinaan iaitu sebuah makmal komputer dan kini telah berfungsi sebagai pembelajaran ICT.

Kini Sekolah Kebangsan Seri Pematang Rengas ditadbirkan oleh guru besarnya iaitu En. Hazali bin Hassan dengan dibantu oleh 14 orang guru, seorang pembantu tadbir dan seorang Pembantu Am Rendah, serta 2 orang pekerja penyelenggaran (swasta).

Sekolah ini sekarang mempunyai 202 orang murid dari tahun satu hingga tabun enam dengan dua buah bangunan bilik darjah, sebuah kantin, sebuah bilik kemahiran hidup sebuah bilik fardu ain, sebuah bilik pemulihan, sebuah padang permainan dan sebuah makmal komputer.

PEMILIHAN NAMA SEKOLAH


Sesungguhnya Sekolah Kebangsaan Seri Pematang Rengas telah ditubuhkan pada Tahun 1952.
Terdapat beberapa orang tokoh yang telah bekerja keras untuk menjayakan pembinaannya. Setalah mengadakan beberapa mesyuarat khas. Bagi penubuhannya satu kata sepakat telah diambil bagi melantik seorang ketua. Atas kegigihan dan cadangan beliau untuk penubuhan sekolah ini serta jasa dan sumbangan yang diberikan tanpa mengira penat lelah, Tuan Haji Amin bin Haji Ekhsan telah dipilih sebagai ketua dan dianggap pengasas kepada sekolah ini.

Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Syed Esa bin Alwee dan diberi nama SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PEMATANG RENGAS.
Nama Seri Pematang Rengas adalah mengambil sempena nama lima pohon rengas yang tumbuh di tebing sungai berhampiran dengan bangunan sekolah. Nama itu kekal digunakan hingga ke hari ini.

Monday, August 17, 2009

Hari Kemerdekaan Malaysia ke-52

Segala puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia danhari ini kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejahtera walapun negara ini mempunyai berbagai kaum, agama dan kebudayaan. Alhamdulillah.

Sekarang kita telah masuk ke bulan ogos iaitu bulan kemerdekaan tanahair (Malaysia). Hari ini kita rakyat Malaysia hendaklah berbangga kerana negara kita telahpun mencapai 52 tahun kemerdekaan. Bukan senang dan perkara mudah untuk mencapai kemerdekaan sepertimana kita nikmati hari ini.

Kemerdekaan ini adalah hasil daripada perjuangan tokoh-tokoh pejuang dahulu. Kita adalah pewarisnya, maka kita hendaklah menjaga dan mempertahankan kemerdekaan ini sepertimana mereka terdahulu memperjuangkannya.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menghayati dan menghargai kemerdekaan negara kita. Negara kita baru sahaja MERDEKA selama 52 tahun, sedangkan hampir 446 tahun kita dijajah oleh penjajah. Justeru itu, hargailah KEMERDEKAAN ini dan jangan biarkan kita dijajah lagi.