Thursday, October 21, 2010

Maulidur Rasul













Sunday, July 18, 2010

Laporan Latihan Dalam Perkhidmatan Kali Kedua

Tajuk Kursus: Kursus Pemantapan Kemahiran Microsoft Office
Hari Khamis
Masa 2.00ptg-4.00ptg
Tarikh
Jumlah Peserta 16 orang

Penerangan Kursus -Menerangkan kepada peserta mengenai penambahan kemahiran dalam Microsoft Word seperti penggunaan hyperlink,toolbars, change case, paragraph, header dan footer, protect document dan lain-lain.
- Menerangkan kepada peserta membina graph menggunakan power point
- Mengajar peserta menggunakan shortcut pada keyboard seperti CTRL+C, CTRL+V, CTRL+S dan sebagainya.
Kebaikan Kursus Peserta diajar satu persatu berpandukan modul yang lengkap
Kelemahan/penambahbaikan Kursus 1)Masih kekurangan info dalam modul kursus tetapi dapat diatasi dengan sesi soal jawab.
Kesimpulan 1) Memberi banyak info-info asas yang sangat berguna kepada guru dan staff untuk penjagaan komputer yang sempurna.

2) Berkongsi pengetahun Microsoft Office dalam sesi soal jawab.
3) Peserta memberi kerjasama dan kursus tamat pada pukul 4.00 petang

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

Laporan Latihan Dalam Perkhidmatan Pertama

Tajuk : Penjagaan Komputer dan Laptop
Tarikh : 04 Mac 2010
Waktu : 2.30ptg – 5.30ptg
Tempat : Makmal Komputer
Jumlah Peserta : 19 orang

Ulasan LDP:
LDP pertama telah diadakan pada 04 Mac 2010 dan dihadiri oleh 19 orang guru.
Dalam LDP yang pertama, guru-guru diajar mengenai fungsi ‘tools’ yang terdapat di windows seperti search, control panel , network connection dan lain-lain. Selepas itu, guru diajar bagaiman cara untuk melajukan komputer atau laptop. Di sini, guru diberi penerangan mengenai temporary files, penggunaan CCleaner, MSConfig, Defragment, pengubah suaian pada menu show delay, AutoEndTasks dan WaitoKillAppTimeout. Dalam LDP ini juga diterangkan apa itu virus, bagaimana virus tersebar, simptom-simptom virus dan langkah-langkah pencegahan serta membuang virus atau spyware.
Sesi soal jawab juga diadakan selepas penerangan diberikan. Sambutan LDP pada kali ini amat mengalakkan dan mendapat kerjasama yang baik antara guru-guru dan fasi.
Kursus LDP diakhiri dengan ucapan ringkas dari Guru Besar. Majlis bersurai pada jam 4.30 petang.

Saturday, October 31, 2009

Sekitar Tahun 2009
















Monday, October 12, 2009

JAMUAN HARI RAYA

Pada 9 Oktober 2009, SK Seri Pematang Rengas telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya. bermula dari pukul 10.00 pagi dan selesai pada pukul 12.30 tengah hari. Jamuan Hari Raya begitu meriah sekali dengan kehadiran tetamu-tetamu terhormat iaitu imam, JKK Kampung dan ibu-bapa murid yang turut membawa kuih-kuih raya yang enak. Murid-murid, guru-guru dan tetamu mengenakan pakaian baju kurung dan baju melayu yang indah belaka. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam, diikuti ucapan oleh Guru Besar dan seterusnya wakil guru. Majlis dimeriahkan pula dengan persembahan lakonan dan persembahan kompilasi lagu-lagu hari raya oleh pelajar Tahun 5 dan diiukuti pula Marhaban dari murid Tahun 6. Majils bersurai dengan jamuan makan nasi beriani.





















Kelas Komputer

Bermula bulan Ogos 2009, SK Seri Pematang Rengas, telah mengadakan kelas komputer selepas waktu persekolahan. Murid dari tahun 3, 4 dan 5 dibenarkan menyertai kelas komputer yang diadakan dengan mengenakan bayaran sebanyak RM10.00 sebulan sahaja. Seramai 43 orang murid telah menyertai kelas komputer. Murid dari tahun 3, 4 dan 5 mengikuti kelas komputer pada hari yang berlainan iaitu murid tahun 3 pada hari khamis, manakala murid tahun 4 dan 5 akan mengikuti kelas pada hari sabtu atau ahad.
Murid diberi penerangan ringkas oleh fasilitator schoolnet mengenai ICT setiap kali bermula kelas, dimana murid diberi pendedahan mengenai internet, search engine seperti google,yahoo, penjagaan komputer, virus, dan sedikit sebanyak mengenai rangkaian komputer. Antara pembelajaran wajib yang diajar di dalam kelas komputer ialah Microsoft Word, Power Point, Photoshop/Paint dan Microsoft Office Publisher pada setiap bulan. Pada akhir bulan, murid akan menjalani latihan atau ujian pemahaman mereka mengenai pembelajaran yang telah diajar. Pencapaian pelajar akan direkodkan setiap bulan.