Sunday, July 18, 2010

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

Laporan Latihan Dalam Perkhidmatan Pertama

Tajuk : Penjagaan Komputer dan Laptop
Tarikh : 04 Mac 2010
Waktu : 2.30ptg – 5.30ptg
Tempat : Makmal Komputer
Jumlah Peserta : 19 orang

Ulasan LDP:
LDP pertama telah diadakan pada 04 Mac 2010 dan dihadiri oleh 19 orang guru.
Dalam LDP yang pertama, guru-guru diajar mengenai fungsi ‘tools’ yang terdapat di windows seperti search, control panel , network connection dan lain-lain. Selepas itu, guru diajar bagaiman cara untuk melajukan komputer atau laptop. Di sini, guru diberi penerangan mengenai temporary files, penggunaan CCleaner, MSConfig, Defragment, pengubah suaian pada menu show delay, AutoEndTasks dan WaitoKillAppTimeout. Dalam LDP ini juga diterangkan apa itu virus, bagaimana virus tersebar, simptom-simptom virus dan langkah-langkah pencegahan serta membuang virus atau spyware.
Sesi soal jawab juga diadakan selepas penerangan diberikan. Sambutan LDP pada kali ini amat mengalakkan dan mendapat kerjasama yang baik antara guru-guru dan fasi.
Kursus LDP diakhiri dengan ucapan ringkas dari Guru Besar. Majlis bersurai pada jam 4.30 petang.

0 comments:

Post a Comment