Saturday, October 31, 2009

Sekitar Tahun 2009
















Monday, October 12, 2009

JAMUAN HARI RAYA

Pada 9 Oktober 2009, SK Seri Pematang Rengas telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya. bermula dari pukul 10.00 pagi dan selesai pada pukul 12.30 tengah hari. Jamuan Hari Raya begitu meriah sekali dengan kehadiran tetamu-tetamu terhormat iaitu imam, JKK Kampung dan ibu-bapa murid yang turut membawa kuih-kuih raya yang enak. Murid-murid, guru-guru dan tetamu mengenakan pakaian baju kurung dan baju melayu yang indah belaka. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam, diikuti ucapan oleh Guru Besar dan seterusnya wakil guru. Majlis dimeriahkan pula dengan persembahan lakonan dan persembahan kompilasi lagu-lagu hari raya oleh pelajar Tahun 5 dan diiukuti pula Marhaban dari murid Tahun 6. Majils bersurai dengan jamuan makan nasi beriani.





















Kelas Komputer

Bermula bulan Ogos 2009, SK Seri Pematang Rengas, telah mengadakan kelas komputer selepas waktu persekolahan. Murid dari tahun 3, 4 dan 5 dibenarkan menyertai kelas komputer yang diadakan dengan mengenakan bayaran sebanyak RM10.00 sebulan sahaja. Seramai 43 orang murid telah menyertai kelas komputer. Murid dari tahun 3, 4 dan 5 mengikuti kelas komputer pada hari yang berlainan iaitu murid tahun 3 pada hari khamis, manakala murid tahun 4 dan 5 akan mengikuti kelas pada hari sabtu atau ahad.
Murid diberi penerangan ringkas oleh fasilitator schoolnet mengenai ICT setiap kali bermula kelas, dimana murid diberi pendedahan mengenai internet, search engine seperti google,yahoo, penjagaan komputer, virus, dan sedikit sebanyak mengenai rangkaian komputer. Antara pembelajaran wajib yang diajar di dalam kelas komputer ialah Microsoft Word, Power Point, Photoshop/Paint dan Microsoft Office Publisher pada setiap bulan. Pada akhir bulan, murid akan menjalani latihan atau ujian pemahaman mereka mengenai pembelajaran yang telah diajar. Pencapaian pelajar akan direkodkan setiap bulan.